Asalamualaikum.
Aidil adha dah seminggu berlalu tapi i baru terhegeh2 nak bukak citer pasal raya hari tu... Hehe...takde la lambat sangat kan... Nak jugak coretkan memori hari raya aidil adha tahun ni kat sini kan.. Sebagai kenang kenangan dihari tua... Sempat ke tua??
Lagipon raya tahun ni bermakna buat i sebab tahun ni my 1st time masuk bahagian dalam ibadah qorban, yang guna duit sendiri kikiki Before ni penah masuk qorban tapi ayah yang bayarkan. Ayah i tu tiap tahun memang akan sediakan duit untuk qorban tapi akan diwakilkan kt orang lain.. Kata mak, ayah jenis tak boleh tgk darah. Gemuroh! takpela... Yang penting niat...
Tahun ni kami sekeluarga masuk qorban cukup 7 bahagian means sekor lembu memang untuk 1 family i.. Meriah sangat.. Almaklum la family beso.. Kakak i yang dok kat Mekah pon masuk jgk, dia wakilkan dekat ustaz Mohd Nor Hamzah, merangkap tukang sembelih pada hari raya qorban thn ni..klo dia ada mesti lagi meriah ^_^
Raya pertama di sambut di Terengganu...hehe...i loike!! klo raya korban kat Ganu meriah dia lain macam skit...kikiki...sebab aktiviti korban tu da mcm wajib utk ahli kluarga i..klo kat umah mertua, jarang la diorg masuk korban, so tak rasa sangat kemeriahan aidil adha tu...aley ckp la ko suke balik umah sendiri kan...cit! Raya ke-2 baru balik Pasir Mas.
Di pagi raya tu macam biasa semua bersiap untuk solat sunat raya. Terasa sgt rugi sebab tak dpt join skali.. Datang bulan pulak.. So i just duduk kat umah ngn Aqeef dan sorang lagi adik yang senasib dgn i huhu..
Raya tahun ni takde peruntukan pon untuk baju raya, just sarung jubah lama dalam almari. Anak dan En suami jer sedondon berbaju melayu biru ^_^. Kemeriahan hari raya aidil adha lebih kepada acara sembelihan lembu qorban..so baju raya memang xkesah sangat..yang pasti raya tetap meriah uolss
Nor Azizah- kakak sulong dengan adik pompuan no.2, Nurul ARiFah |
siap sedia untuk dikorbankan |
Muafakat membawa berkat |
Alhamdulillah..selamat dikorbankan |
Aktiviti pembahagian daging bermula |
Aqeef dengan muka teruja |
Mohd Fadli, Adik laki bawah i ~ suker beno buat muka gedik ~ just setahun beza umo kami ^_^ |
yang berkopiah putih tu my 1st BIL..yang terjojol kpale lotot tu my 2nd adik lelaki, Mohd FaHimi kawen di usia 20 tahun..sgt muda kan *_* |
Nurul HazIrah -ADik pompuan no.2 yang setia menemani en.hubby.. yelaa pengantin baru laa katakan |
Amir ZaKuan ~ adik lelaki bongsu |
Nurul NajiHah, adik pompuan bongsu..anak ke-12 dalam keluarga @_@ |
Uihhh...dahaga la pulak |
Aqeef dengan kazen...Ikhwan & Ikhmal |
Kak Khairul Nasyidah - my 2nd SIL, ibu Ikhmal dan Ikhwan |
akan dikerjakan untuk dapatkan lidah & otak.. humm ada yang mengidam |
Sedikit renungan bersama dari Prof. Dr. Rozieta Shaary @ lebih glamer dgn panggilan Ibu Rose tentang kaitan parenting dan pengorbanan. Bingkisan ni saya cilok dari blog kakak nadiah
Selamat menyambut Aidul Adha - Hari Raya Qurban. Sesungguhnya, tidak ada pengorbanan yang sia-sia. Di mata Allah, semua itu amat bermakna. Salam Kasih, Ibu Rose.
NotaKakiKU: Ramai ahli keluarga yang tak sempat i nak snap gambar,
insyaAllah tahun depan akan snap gambar byk2 hehe~
No comments:
Post a Comment
Komen jangan tak komen ^_^
TQ Dear~