Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 12, 2012

#17 WW: Ragam naik kereta

Assalamualaikum.
 
 
 
 
NoTaKakiKu: Seronok tengok ragam anak yang tengah membesar nih...
kadang2 tu ya ampun...saboo kan ajer ^_^
 

Tuesday, September 11, 2012

Wanita bernama I.S.T.E.R.I

Assalamualaikum.
 
**************************************************************************
 
Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran giler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.



waaa... mana isteri ku...



Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.



fuuu.. lega..



“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..



lelaki tu pun berfikir...



Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…



hahaha... takde yg nak marah ku...



Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...





Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.



Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ???



ingat balik..



And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!



SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..

HARGAI MEREKA!!!!!




Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”
 
**************************************************************************
 
Copy from blog Kak Moon Comel
 
NotaKaKiKu: Setiap kali terbaca bingkisan rumahtangga macam ni, mesti hati kecil mama akan bermonolog 'kan best klo hubby tercinta baca n faham, nanti nak share lah article ni ngan dia hikhik'  sambil bibir terukir senyuman manis ^_^
 
 

Wednesday, September 5, 2012

Kipas Air Cond

Asalamualaikum.

Sekarang kat kl ni cuaca panas betul.. Mlm2 nk tido pon payah.. Kipas no. 5 pon tak terasa sejuk.. Bahang je memanjang.. So semalam, setelah dpt approval budget dari papa, mama singgah la giant.. Cari kipas air cond ni.. Atau pon nama glamer, air cooler. Bukan apa, kesian tgk aqeef, ruam peluh penuh satu badan.. Pastu asyik menggaru je keje, kesian dia.. Pastu malam2 mesti terjaga pastu nangis2.. Humm panas smp berpeluh2..

Sayangkan anak punya pasal, beli lah benda alah ni semalam, humm mahal gak la, rm250... Haa?? Xmahal korang ckp.. Yelaa klo bagi yang berduit lebat 250 ni celah gigi je kan.. Tp xpelaa, demi keselesaan anak tercinta.. Lagi pon mama leh join sekali nnt... Sejuk! Baru syiok tido!! Hihi


ni lah ruper kipas air cond tu...besar gak tp ok la sbb ada tayar, senang nk bwk kesana kemari


Malam tadi terus try guna kipas air cond ni, Alhamdulillah...sejuk la jgk...Aqeef pon masuk kelambu kejap jer, terus tido...pastu mama bukak lampu nak snap gambar, pon xsedar...terus lena dibuai mimpi.. sebab biasa Aqeef pantang bukak lampu klo nk tido, mesti xkan bole tido...^_^


muka penuh bedak sejuk, sebab ruam makin menjadi2 kat muka dia...siannn


NotAKaKiKu: Burrppp...kenyang betul hari ni...open office raya..Alhamdulillah..
Semoga Allah terus murahkan rezeki company mama ^_~



Monday, September 3, 2012

Tak De tajuk

Asalamualaikum.

Susahnye nak letak title.. Maklum la dah lama sangat tak post entry huhu..

Hari ni nk update gambar kesayangan mama ni..tahun ni tak de gambar raya.. Hukhuk sedih sgt... Dan thn ni raya plg xbest kot dlm hidup...
Beraya tanpa suami disisi T_T

Gambar2 ni semua time nak balik kl lpas raya..
Papa xdpt hantar sbb kete masuk workshop..
So terpaksa la naik belon lagi... Hummm
 
Muka penat naik belon
 
 
ni je gambar yang ada yang aqeef pakai baju raya..tapi time capture ni b4 raya~ testing baju raya
 

Sayang dia sangat...harta mama dunia akhirat
 
NoTaKAkIKu: Lately hidup mama terasa berat...hummmphh
Ya Allah, Kau permudahkan lah semua urusan dunia & akhiratku
 

Friday, July 20, 2012

New Salary

Alhamdulillah...........^_^

Di pagi jumaat yang mulia ni, masuk2 opis je terus tersenyum lebar..
Syukur, Allah bagi rezeki lagi....bukan i je yang tersenyum lebaq, satu opis!
bahkan 1 company!!
hehe....hari ni semua muka kelihatan manis2 belaka....Alhamdulillah
tapi salary adjustment ni hanya untuk executive je...so non-exec jgn jeles yer..
2 tahun lepas uolss dah merasa kan...so sekarang, we olls la pulak hehe



NotaKaKiKu: Moga Kau terus limpahkan & berkati rezeki kami sekeluarga.